Khamis, 6 Ogos 2009

Salam Ukhuwwah dan Salam Perjuangan. "Tulisan ini dipetik dari blog syahrawi setelah diberi keizinan sekadar untuk dikongsi bersama" Pada 23 Julai 2009 yang lalu masyarakat ex-KUDQI UIN Jakarta dianugerahkan dengan kegembiraan yang tak tersangka dengan kehadiran Al-Fadhil Ustaz Haji Mahmood Sulaiman dan Al-Fadhil Ust. Haji Razki Alias ke kota Jakarta. Dengan kehadiran kedua ayahanda ini, makin terasa ukhuwwah yang sentiasa terjalin, walaupun hampir setahun kami telah digraduationkan sebagai alumnai KUDQI. Lebih mengharukan kami adalah, sebelum kedatangan meraka, kami dikhabarkan dengan berita tentang kecederaan yang dialami oleh Ust. Mahmood kesan daripada penyakit kencing manis yang dihadapinya. Sudah sekian lama kami menantikan perkembangan terkini tentang kesihatan beliau, tiba-tiba beliau sendiri yang melangkahkan kaki yang sakit itu untuk menziarahi kami yang sentiasa sihat di Indonesia ini. Begitu besar pengorbanan dari seorang ayah. Walau macammanapun, jutaan terima kasih kami ucapkan. Disamping lawatan beliau selama lima hari di Indonesia, Al-Fadhil ustaz sempat menghadiri upacara majlis penyampaian Ijzah Sarjana Muda kali ke-76 UIN Jakarta pada hari sabtu 25 Julai 2009. Aturcara majlis berjalan dengan lancar sehinggalah kelancaran itu dikejutkan dengan beberapa selingan yang mungkin memeranjatkan mereka yang belum terbiasa dengan kehidupan di Indonesia. Tapi Alhamdulillah Al-Fadhil ustaz memahami keadaan dan suasana kami disini, beliau mengulas sewaktu dalam majlis perpisahan Wisudawan/wati mahasiswa Malaysia yang berlansung pada sebelah malamnya, beliau mengatakan, “kami pimpinan atasan dengan sengaja menghantar kalian melanjutkan pengajian di bumi Liberal ini untuk menguji sejauh mana kuatnya iman kalian. Dan fahaman-fahaman inilah yang semakin merebak di Malaysia dan kamulah yang akan membendung fahaman ini nanti, adakah kamu sedar dengan semua ini, atau adakah kamu tahu yang kawan disebelah kamu tidak terpengaruh dan bagaimanakan kamu tahu bahawa kamu tidak terpengaruh dengan semua ini, dan beberapa orang saja yang sanggup melawan semua ini kerana “fahaman” itu adalah sesuatu benda yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan untuk melawan fahaman sesat ini memerlukan pada fahaman yang jelas tentang Islam, dan itulah kepentingan dan kegunaan kamu menuntut ilmu disini”. Sebelum datang ke Indonesia, teringat pesanan Al-Fadhil Ust. Nik Mohd Nor, beliau mengatakan kalau kita mahu menguji sejauh mana mantapnya keimanan kita, kita cuba letakkan diri kita di tempat yang paling kuat maksiatnya, dan apabila kita keluar, adakah kita termasuk dikalangan mereka ataupun sebaliknya. Sebagai contoh: apabila kita masuk ke sarang pelacur dan setelah keluar adakah kita tetap diri kita yang asal ataupun kita keluar sebagai bapa ayam ataupun keluar bersama pelacur-pelacur yang sudah bertaubat. Pada hari yang berikutnya, kami membawa ustaz ke bandung. Antara tempat yang menarik perhatian kami adalah Tang Kubang Perahu kerana disana ustaz Mahmood ingin membeli belerang gunung berapi, kerana dipercayai belerang itu mampu dijadikan ubat untuk ustaz. Tetapi apa yang menyedihkan kami adalah, apabila tiba hari kelima yaitu hari keberangkatan ustaz ke Malaysia, ustaz ditahan di tempat check in kerana dalam bagasi ustaz terdapat belerang tersebut dan belerang itu tidak boleh dibawa masuk. Kawalan begitu ketat mungkin kerana kesan daripada pengeboman yang berlaku di Jakarta 2 minggu yang lepas dan dipercayai belerang itu juga boleh mengakibatkan letupan. Tapi semuanya berjalan lancer, ustaz dibenarkan masuk tetapi belerang itu dibenarkan keluar dan diberikan kepada kami. Akan tetapi pada 29 Julai 2009 setelah itu, ada beberapa orang dari kami yang pulang ke Malaysia dan belerang itu dibawa oleh mereka yang pulang. Dengan berbekalkan sedikit pengalaman yang selama ini kami tempuhi di Indonesia, belerang itu boleh dibawa ke Malaysia dengan selamat dan diserahkan kepada ustaz mahmood. Selama mana ustaz bersama kami di Indonesia, ustaz sempat berkongsi suka dan duka yang selama ini berlaku di KUDQI, antaranya yang ingin saya bangkitkan disini, kami sering bertanyakan kepada ustaz, “berapa orang pelajar yang akan datang nanti, bila tarikh mereka akan sampai disini, dan bagaimanakah keputusan peperiksaan baru-baru ini?” antara ketiga-tiga pertanyaan itu, soalan yang ketiga itu sedikit-sebanyak mengecewakan ustaz kerana ustaz mengatakan prestasi pelajar sekarang semakin menurun, kalau berbanding pelajar yang dulu, kalau dulu, prestasi pelajar semakin menurun dan sedikit sahaja tekanan dari ustaz, mereka bangkit melawan tekanan yang ditekankan oleh ustaz-ustaz dan ustaz mengatakan juga pelajar-pelajar dulu walaupaun ramai juga yang lemah tapi tidak mudah menyerah kalah. Dan ustaz tidak berbangga dengan pelajar yang betul-betul berjaya dengan pangkat jayyid, jayyid jiddan atau mumtaz, tetapi yang ustaz bangga adalah pelajar yang menyedar akan kelemahan sendiri dan berani mengubah kelemahan serta berani menyahut cabaran kerana jalan menuju kejayaan itu banyak membuahkan pengalaman yang intelek. Di KUDQI sekarang memang ramai yang cerdik pandai dari asal masuk ke KUDQI, itu memang lumrah dan sememangnya menjadi kebanggan pensyarah KUDQI, tetapi lebih membanggakan apabila yang baru masuk ke KUDQI itu adalah pelajar yang biasa dari segi pendidikan dan apabila tamat dari KUDQI sebagai seorang mahasiswa yang luar biasa. Ini menunjukkan KUDQI boleh Melahirkan Janerasi Al-Quran yang unggul. Dan ustaz juga menyuarakan, kemungkinan prestasi yang makin menurun ini salah satunya adalah kesan dari berleluasanya dan salah guna menelaah internet lebih tekun, daripada menelaah kitab-kitab pelajaran. Pelajar sering ke maktabah tetapi bukan untuk membelek kitab arab tetapi mengaksess internet dan mengupdate blog. Sememangnya bagus kalau kita lebih terkedepan dalam dunia maya ini, tetapi harus pandai membahagikan masa kerana keduanya ada kebaikan dan keburukan. Saya tidak mengatakan dunia maya ini salah 100% dan boleh melalaikan pelajar, tetapi kalau disalahguna pasti membawa banyak keburukan dari kebaikan. Seperti mencari ilmu juga, tidak semua ilmu itu bermanfaat kepada kita. Kalau kita pandai menilai dan memilih yang baik, semua kebaikan itu kembali kepada kita. Kalau kita asyik belajar ilmu agama dari buka mata sampai menutup kembali mata sehingga melupakan waktu sembahyang, itu juga tidak baik. Contohnya, ada baik juga kalau kita belajar tentang agama Yahudi, Kristian, Budha dan agama-agama yang lain semata-mata untuk mempertahankan agama Islam dari ancaman-ancaman jahat. Begitu juga dunia maya yang segala kemudahan dihujung jari tapi kalau disalah guna hingga melaikan kita dari jadual asal kita sebagai seorang pelajar, itu pastinya tidak baik kerana kita telah terpengarauh dan kita telah dikawal oleh kemodenan dan bukannya kita yang mengawal kemodenan itu. Dan ustaz juga berharap pelajar-pelajar boleh berubah dari masa ke masa walaupun perlu diulang kembali pada zaman kekunoan dulu asalkan prestasi semakin meningkat dalam melahirkan graduan yang berkualiti walaupun kurang kuantiti. Dan lagi, antara keberuntungan ustaz datang ke UIN baru-baru ini adalah dapat mengurangkan bayaran yuran pengajian dari RP6,000,000 (RM1800.00) kepada RP3,000,000 (RM1000,00). Kerana pada asalnya dekan Fakulti Usuluddin yang dari dulu lagi ingin berjumpa dengan Rektor KUDQI (Pengarah KUDQI) dan pertemuan itu berlansung selama 3 jam di Fakulti Usuluddin. Antara yang hadir adalah Dekan, Pembantu Dekan, Ketua Jurusan Usuluddin, Tim. Ketua Jurusan Usuluddin dan beberapa orang pensyarah. Terharu rasanya kerana Al-Fadhil ustaz dilayan dengan begitu baik oleh mereka walaupun mereka ini berfahaman ******** tetapi budi pekerti mereka baik. Dan dari perbincangan dan pertukaran pendapat sehingga membangkitkan soal kewangan. Alhamdulillah semuanya selesai hingga ustaz dijemput untuk berjumpa dengan orang no 2 UIN Jakjarta iaitu Dr. Amsal Bakhtiar. Sewaktu berbual mesra dengan Dekan Usuluddin iaitu DR. Amin Nasuhi, beliau sempat menanyakan tentang mahasiswa dari KUDQI yang akan sambung ke Fakulti Usuluddin Jurusan Tafsir Hadis kerana beliau mengatakan beliau begitu senang dengan mahasiswa Malaysia yang begitu mesra dengan para pensyarah dan kemungkinan janerasi yang akan datang pun begitu juga kerana kemesraan kita dengan pensyarah sebenarnya banyak membantu segala pengurusan sewaktu pengajian kita di UIN ini. Dan semua ini terpikul di bahu mahasiswa baru seperti Abdul Hadi Mohamad, Saifuddin, Aminah, Tuan Syazwani, dan Al-Suwibah dan juga mahasiswa syariah untuk meneruskan lagi tradisi ini. Walaupun pensyarah ini berfahaman salah tapi budi pekerti mereka betul, dan kemungkinan kebaikannya itulah salah satu cara untuk menarik fahaman kita supaya menyokong fahaman mereka, akan tetapi kita semua ini telah dididik dengan asas yang kuat sewaktu menuntut di KUDQI dulu, mana mungkin mereka dapat menyongsangkan akidah kita. Sebagaimana yang diperingatkan oleh Al-Fadhil Ustaz Kamaruzzaman, makanlah umpan jangan makan mata kailnya. Percayalah Allah bersama kita.

Tiada ulasan: