Isnin, 17 Ogos 2009

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan...

شهر رمضان الذي أنزل فيه القرآن هدى للناس وبينات من الهدى والفرقان، فمن شهد منكم الشهر فليصمه، ومن كان مريضا أو على سفر فعدة من أيام آخر، يريد الله بكم اليسرى ولا يريد بكم العسر (البقرة: 185)

“Bulan Ramadhan yang di dalamnya diturunkan Al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia, penjelasan atas petunjuk itu dan pembeda. Maka siapa yang menemui bulan Ramadhan ini maka berpuasalah. Dan siapa yang sakit atau dalam perjalanan maka dia mengganti puasa tersebut pada bulan-bulan lain. Allah menginginkan untuk kalian kemudahan dan tidak menginginkan bagi kalian kesulitan (Q.S. Al-Baqarah: 175).”

Tom Branch, dari Columbia Press mengatakan:

Aku menganggap puasa adalah pengalaman ruhani yang sangat luar biasa, lebih besar daripada pengalaman biologis/badan semata. Maka karena keinginan itu, aku mulai berpuasa dengan tujuan membersihkan diriku dari berat badan yang berlebih. Akan tetapi, ternyata aku mendapati bahwa puasa tersebut bermanfaat sekali bagi kejernihan fikiran. Puasa sangat membantu pandangan mata sehingga pandangan menjadi jelas sekali. Demikian juga sangat membantu dalam menganalisis ide-ide baru atau pun persepsi. Dan aktivitas puasaku belum berlalu beberapa hari, tetapi aku mendapati pengaruh kejiwaan yang demikian besar.

Aku telah berpuasa beberapa kali hinga sekarang. Dan aku biasanya memilih waktu antara 1 sampai 6 hari. Dan pada awalnya tujuanku adalah untuk menghilangkan efek negatif dari makanan yang aku konsumsi, juga untuk membersihkan jiwaku dari hal-hal yang aku alami sepanjang hidupku, khususnya setelah memperhatikan dunia dalam beberapa bulan terakhir, dan aku melihat banyak kedhaliman dan kebrutalan yang manusia hidup di dalamnya. Sungguh aku merasa bertangung jawab terhadap keadaan mereka, maka aku pun berpuasa untuk menghilangkan fikiran-fikiran itu."

"Saya setiap kali berpuasa perasaan tertarik pada makanan benar-benar hilang, dan aku merasakan badanku sangat rileks dan nyaman. Dan aku merasakan diriku berpaling dari fantasi-fantasi, emosi-emosi negatif seperti dengki, cemburu, suka ngerumpi, juga hilang perasaan takut, perasaan tidak enak, dan bosan. Semua perasaan-perasaan ini hilang dengan sendirinya ketika aku berpuasa. Dan sungguh aku merasa dengan pengalaman yang begitu mengesankan bersama dengan banyak manusia ketika berpuasa. Dan mungkin semua yang aku katakan ini adalah sebab yang menjadikan muslimin -sebagaimana aku melihat mereka di Turki, Suriah, dan Quds- dengan puasa selama 1 bulan penuh menjadikan jiwa-jiwa mereka begitu mengesankan yang tidak pernah aku temukan di belahan duni manapun".

Ny. Ilham Husain, seorang puteri Mesir menuturkan:

Ketika aku berusia 10 tahun, aku menderita sakit kulit yang kronis. Penyakit ini muncul dengan warna merah, dan aku tidak menemui satu jenis obat pun. Dan setelah dokter-dokter spesialis kulit terkenal di Mesir berkata kepada Ayahku, "Kalian harus membiasakan ini dan kalian hidup dengan penyakit ini. Penyakit iniadalah tamu yang memberatkan lagi memakan waktu lama".

Dan ketika usiaku mencapai akhir 20 tahun, dan dekat dengan waktu pernikahanku, aku semakin berduka dan mengucilkan diri dari masyarakat, aku benar-benar sumpeg (sempit dada). Dan akhirnya, salah seorang sahabat ayahku yang selalu membiasakan diri melakukan puasa memberi nasihat kepadaku, "Cobalah wahai puteriku, engkau berpuasa sehari kemudian engkau berbuka (makan) sehari, sebab hal itulah yang juga menjadi sebab kesembuhan suamiku dari penyakit yang sampai sekarang tidak diketahui obatnya oleh dokter. Akan tetapi, lakukanlah bahwa pemberi obat adalah Allah dan sesungguhnya sebab terjadinya obat seluruhnya ada di tangan-Nya. Maka, mohonlah kesembuhan terlebih dahulu kepada-Nya dari penyakit yang engkau derita ini, lalu berpuasalah".

Maka, aku pun melakukan puasa, dan aku mulai meneliti hal-hal yang mengeluarkan aku dari jahim yang menyelimutiku. Dan aku membiasakan diri ketika berbuka puasa mengkonsumsi berbagai sayuran dan buah-buahan, kemudian setelah 3 jam aku baru makan makanan berat. Dan aku makan (tidak puasa) pada hari ke dua, lalu berpuasa para hari ke tiga, dan demikian seterusnya. Dan mulai terjadi hal yang mengherankan semua orang, yaitu sakit yang aku derita itu mulai sembuh setelah melewati waktu 2 bulan sejak aku berpuasa. Aku sampai tidak percaya pada diriku, dan aku memulai seperti biasa, dan aku melihat bekas sakitku itu sedikit-demi sedikit mulai hilang dan sampai akhirnya benar-benar sembuh. Akhirnya, aku pun tidak pernah tertimpa penyakit kulit tersebut sampai akhir hayatku."

SELAMAT MENYAMBUT KEBERKAHAN BULAN RAMADHAN YANG BAKAL TIBA, MOGA DITERIMA SEGALA AMALAN DAN DIBERKATI ALLAH DALAM SETIAP PERKARA YANG KITA LAKUKAN. DARI KAMI ALUMNI KUDQI…. AMPUN DAN MAAF DIPIN JIKA ADA SALAH DAN SILAP.... AMINN….

ORGANISASI TAJDIDUIN
LOGO TAJDIDUIN

Khamis, 6 Ogos 2009

Salam Ukhuwwah dan Salam Perjuangan. "Tulisan ini dipetik dari blog syahrawi setelah diberi keizinan sekadar untuk dikongsi bersama" Pada 23 Julai 2009 yang lalu masyarakat ex-KUDQI UIN Jakarta dianugerahkan dengan kegembiraan yang tak tersangka dengan kehadiran Al-Fadhil Ustaz Haji Mahmood Sulaiman dan Al-Fadhil Ust. Haji Razki Alias ke kota Jakarta. Dengan kehadiran kedua ayahanda ini, makin terasa ukhuwwah yang sentiasa terjalin, walaupun hampir setahun kami telah digraduationkan sebagai alumnai KUDQI. Lebih mengharukan kami adalah, sebelum kedatangan meraka, kami dikhabarkan dengan berita tentang kecederaan yang dialami oleh Ust. Mahmood kesan daripada penyakit kencing manis yang dihadapinya. Sudah sekian lama kami menantikan perkembangan terkini tentang kesihatan beliau, tiba-tiba beliau sendiri yang melangkahkan kaki yang sakit itu untuk menziarahi kami yang sentiasa sihat di Indonesia ini. Begitu besar pengorbanan dari seorang ayah. Walau macammanapun, jutaan terima kasih kami ucapkan. Disamping lawatan beliau selama lima hari di Indonesia, Al-Fadhil ustaz sempat menghadiri upacara majlis penyampaian Ijzah Sarjana Muda kali ke-76 UIN Jakarta pada hari sabtu 25 Julai 2009. Aturcara majlis berjalan dengan lancar sehinggalah kelancaran itu dikejutkan dengan beberapa selingan yang mungkin memeranjatkan mereka yang belum terbiasa dengan kehidupan di Indonesia. Tapi Alhamdulillah Al-Fadhil ustaz memahami keadaan dan suasana kami disini, beliau mengulas sewaktu dalam majlis perpisahan Wisudawan/wati mahasiswa Malaysia yang berlansung pada sebelah malamnya, beliau mengatakan, “kami pimpinan atasan dengan sengaja menghantar kalian melanjutkan pengajian di bumi Liberal ini untuk menguji sejauh mana kuatnya iman kalian. Dan fahaman-fahaman inilah yang semakin merebak di Malaysia dan kamulah yang akan membendung fahaman ini nanti, adakah kamu sedar dengan semua ini, atau adakah kamu tahu yang kawan disebelah kamu tidak terpengaruh dan bagaimanakan kamu tahu bahawa kamu tidak terpengaruh dengan semua ini, dan beberapa orang saja yang sanggup melawan semua ini kerana “fahaman” itu adalah sesuatu benda yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan untuk melawan fahaman sesat ini memerlukan pada fahaman yang jelas tentang Islam, dan itulah kepentingan dan kegunaan kamu menuntut ilmu disini”. Sebelum datang ke Indonesia, teringat pesanan Al-Fadhil Ust. Nik Mohd Nor, beliau mengatakan kalau kita mahu menguji sejauh mana mantapnya keimanan kita, kita cuba letakkan diri kita di tempat yang paling kuat maksiatnya, dan apabila kita keluar, adakah kita termasuk dikalangan mereka ataupun sebaliknya. Sebagai contoh: apabila kita masuk ke sarang pelacur dan setelah keluar adakah kita tetap diri kita yang asal ataupun kita keluar sebagai bapa ayam ataupun keluar bersama pelacur-pelacur yang sudah bertaubat. Pada hari yang berikutnya, kami membawa ustaz ke bandung. Antara tempat yang menarik perhatian kami adalah Tang Kubang Perahu kerana disana ustaz Mahmood ingin membeli belerang gunung berapi, kerana dipercayai belerang itu mampu dijadikan ubat untuk ustaz. Tetapi apa yang menyedihkan kami adalah, apabila tiba hari kelima yaitu hari keberangkatan ustaz ke Malaysia, ustaz ditahan di tempat check in kerana dalam bagasi ustaz terdapat belerang tersebut dan belerang itu tidak boleh dibawa masuk. Kawalan begitu ketat mungkin kerana kesan daripada pengeboman yang berlaku di Jakarta 2 minggu yang lepas dan dipercayai belerang itu juga boleh mengakibatkan letupan. Tapi semuanya berjalan lancer, ustaz dibenarkan masuk tetapi belerang itu dibenarkan keluar dan diberikan kepada kami. Akan tetapi pada 29 Julai 2009 setelah itu, ada beberapa orang dari kami yang pulang ke Malaysia dan belerang itu dibawa oleh mereka yang pulang. Dengan berbekalkan sedikit pengalaman yang selama ini kami tempuhi di Indonesia, belerang itu boleh dibawa ke Malaysia dengan selamat dan diserahkan kepada ustaz mahmood. Selama mana ustaz bersama kami di Indonesia, ustaz sempat berkongsi suka dan duka yang selama ini berlaku di KUDQI, antaranya yang ingin saya bangkitkan disini, kami sering bertanyakan kepada ustaz, “berapa orang pelajar yang akan datang nanti, bila tarikh mereka akan sampai disini, dan bagaimanakah keputusan peperiksaan baru-baru ini?” antara ketiga-tiga pertanyaan itu, soalan yang ketiga itu sedikit-sebanyak mengecewakan ustaz kerana ustaz mengatakan prestasi pelajar sekarang semakin menurun, kalau berbanding pelajar yang dulu, kalau dulu, prestasi pelajar semakin menurun dan sedikit sahaja tekanan dari ustaz, mereka bangkit melawan tekanan yang ditekankan oleh ustaz-ustaz dan ustaz mengatakan juga pelajar-pelajar dulu walaupaun ramai juga yang lemah tapi tidak mudah menyerah kalah. Dan ustaz tidak berbangga dengan pelajar yang betul-betul berjaya dengan pangkat jayyid, jayyid jiddan atau mumtaz, tetapi yang ustaz bangga adalah pelajar yang menyedar akan kelemahan sendiri dan berani mengubah kelemahan serta berani menyahut cabaran kerana jalan menuju kejayaan itu banyak membuahkan pengalaman yang intelek. Di KUDQI sekarang memang ramai yang cerdik pandai dari asal masuk ke KUDQI, itu memang lumrah dan sememangnya menjadi kebanggan pensyarah KUDQI, tetapi lebih membanggakan apabila yang baru masuk ke KUDQI itu adalah pelajar yang biasa dari segi pendidikan dan apabila tamat dari KUDQI sebagai seorang mahasiswa yang luar biasa. Ini menunjukkan KUDQI boleh Melahirkan Janerasi Al-Quran yang unggul. Dan ustaz juga menyuarakan, kemungkinan prestasi yang makin menurun ini salah satunya adalah kesan dari berleluasanya dan salah guna menelaah internet lebih tekun, daripada menelaah kitab-kitab pelajaran. Pelajar sering ke maktabah tetapi bukan untuk membelek kitab arab tetapi mengaksess internet dan mengupdate blog. Sememangnya bagus kalau kita lebih terkedepan dalam dunia maya ini, tetapi harus pandai membahagikan masa kerana keduanya ada kebaikan dan keburukan. Saya tidak mengatakan dunia maya ini salah 100% dan boleh melalaikan pelajar, tetapi kalau disalahguna pasti membawa banyak keburukan dari kebaikan. Seperti mencari ilmu juga, tidak semua ilmu itu bermanfaat kepada kita. Kalau kita pandai menilai dan memilih yang baik, semua kebaikan itu kembali kepada kita. Kalau kita asyik belajar ilmu agama dari buka mata sampai menutup kembali mata sehingga melupakan waktu sembahyang, itu juga tidak baik. Contohnya, ada baik juga kalau kita belajar tentang agama Yahudi, Kristian, Budha dan agama-agama yang lain semata-mata untuk mempertahankan agama Islam dari ancaman-ancaman jahat. Begitu juga dunia maya yang segala kemudahan dihujung jari tapi kalau disalah guna hingga melaikan kita dari jadual asal kita sebagai seorang pelajar, itu pastinya tidak baik kerana kita telah terpengarauh dan kita telah dikawal oleh kemodenan dan bukannya kita yang mengawal kemodenan itu. Dan ustaz juga berharap pelajar-pelajar boleh berubah dari masa ke masa walaupun perlu diulang kembali pada zaman kekunoan dulu asalkan prestasi semakin meningkat dalam melahirkan graduan yang berkualiti walaupun kurang kuantiti. Dan lagi, antara keberuntungan ustaz datang ke UIN baru-baru ini adalah dapat mengurangkan bayaran yuran pengajian dari RP6,000,000 (RM1800.00) kepada RP3,000,000 (RM1000,00). Kerana pada asalnya dekan Fakulti Usuluddin yang dari dulu lagi ingin berjumpa dengan Rektor KUDQI (Pengarah KUDQI) dan pertemuan itu berlansung selama 3 jam di Fakulti Usuluddin. Antara yang hadir adalah Dekan, Pembantu Dekan, Ketua Jurusan Usuluddin, Tim. Ketua Jurusan Usuluddin dan beberapa orang pensyarah. Terharu rasanya kerana Al-Fadhil ustaz dilayan dengan begitu baik oleh mereka walaupun mereka ini berfahaman ******** tetapi budi pekerti mereka baik. Dan dari perbincangan dan pertukaran pendapat sehingga membangkitkan soal kewangan. Alhamdulillah semuanya selesai hingga ustaz dijemput untuk berjumpa dengan orang no 2 UIN Jakjarta iaitu Dr. Amsal Bakhtiar. Sewaktu berbual mesra dengan Dekan Usuluddin iaitu DR. Amin Nasuhi, beliau sempat menanyakan tentang mahasiswa dari KUDQI yang akan sambung ke Fakulti Usuluddin Jurusan Tafsir Hadis kerana beliau mengatakan beliau begitu senang dengan mahasiswa Malaysia yang begitu mesra dengan para pensyarah dan kemungkinan janerasi yang akan datang pun begitu juga kerana kemesraan kita dengan pensyarah sebenarnya banyak membantu segala pengurusan sewaktu pengajian kita di UIN ini. Dan semua ini terpikul di bahu mahasiswa baru seperti Abdul Hadi Mohamad, Saifuddin, Aminah, Tuan Syazwani, dan Al-Suwibah dan juga mahasiswa syariah untuk meneruskan lagi tradisi ini. Walaupun pensyarah ini berfahaman salah tapi budi pekerti mereka betul, dan kemungkinan kebaikannya itulah salah satu cara untuk menarik fahaman kita supaya menyokong fahaman mereka, akan tetapi kita semua ini telah dididik dengan asas yang kuat sewaktu menuntut di KUDQI dulu, mana mungkin mereka dapat menyongsangkan akidah kita. Sebagaimana yang diperingatkan oleh Al-Fadhil Ustaz Kamaruzzaman, makanlah umpan jangan makan mata kailnya. Percayalah Allah bersama kita.
KENANGAN TERINDAH... Tiada hari tanpa hamba

mengucap syukur kepadaMu ya Allah, Tuhan penggenggam langit dan bumi yang menguasai hari pembalasan. Tidak ada satu kejadianpun tanpa seizinmu, terima kasih karena telah mengizinkan hari ini terjadi dalam hidup hamba. Amin ya Rabbal âlamin. Dan yang terakhirnya, secara peribadinya tulus ikhlas daripada ana yang bernama Mohd Hilman Hasim ingin mengucapkan Jutaan terima kasih kepada:

Dato’ Tuan Guru Hj. Harun Taib selaku pengerusi Ahli Majlis Mesyuarat KUDQI & Ahli Majlis Mesyuarat KUDQI. Pihak Kolej Universitas Darul Quran Islamiyyah (KUDQI) yang telah memberikan ilmu yang bermanfaat terutama, Pengarah KUDQI Ust. Mahmood Sulaiman, Ust. Kamaruzaman, Ust Soud Said, Ust. Nik Mohd Nor, YB. Ust. Mohd Nor Hamzah, Ust. Rizki Ilyas, Ustadzah Zaitun, Ust. Sya’ri Zulkarnain, Ust. Asmadi, Ust. Khalil, dan seluruh Ustad dan Ustadzah juga mahasiswa serta adik-adik KUDQI, MPMKUDQI dan HESIS. Sahabat-sahabat Mesir, Turki dan Yaman. Serta warga DQ, Ayahanda Ust. Rosli, Ust. Zulyadien, Ust. Wan Awang, dan semua tenaga pengajar MDQ serta adik-adik banin dan banat yang berkesempatan dengan ana. My Lovely Mujahidin, (sahabat-sahabat Mesir Khairuddin, Yeng, Fendi, Khairi, Azraei, Alif, Mizi, Riduan, Loh Keri, Syahid dan semuanya yang tidak tertulis disini dan Indonesia, Pulloh, Faiz, Saiful, Najib, Zaki, Izuddin, zahid, Baha, Al-Mawardi, Fakhri, Mat U, Sufian, Fawwas, Ayah Su), dan mujahidah-mujahidah ex-KUDQI. Syukran atas semangat dan kritikan yang diberikan. “semoga tetap dalam satu perjuangan, di bawah bayangan al-Quran”. Teruskan berjihad.

Semoga Allah Subhanaahu wa Ta’ala memberkati kalian semua.

Wama taufiqi Illa billah.

Pada 27 Julai, seorang dari mahasiswa UIN telah pulang dengan membawa S1, saudara kamal kusmin berjaya dengan membawa pulang kejayaan demi untuk berkongsi bersama keluarga. beliau juga bukan sahaja telah meninggalkan UIN, malah meninggalkan banyak kenangan bersama kawan-kawan, juga beliau selaku bekas ketua MCUJ pada sesi 2008/09 telah banyak berbakti demi MCUJ tercinta..kepulangan sesorang mungkin akan meninggalkan kenangan yang paling indah.maka dengan itu, mungkin saja mahasiswa disini dapat mengambil pengajaran dan belajar dari beliau walaupun beliau sudah tiada di Indonesia namun sisa baki yang ditinggalkan masih lagi terasa

Selasa, 4 Ogos 2009

alhamdulillah, setelah konvokesyen kali ke-75 berlansung pada bulan 4 baru ni, kini tiba pula wisuda kali ke-76. pada kali ini,perjalanan program UIN untuk menyambut para wisuda dimeriahkan dengan band music tempatan (wali) suasana dikejutkan dengan kumpulan tersebut yang mendendangkan lagu top mereka.UIN juga mencatat sejarah karena telah mengeluarkan wisudawan dan wisuwati yang paling ramai, sehingga mencecah 1000 orang. di antara mereka itu adalah dari 11 anak-anak malaysia yaitu shafie, ismayuddin, hafiz, hilman, kamal, izudin, halimah, nur adilah, nur ain, marina dan syuhadah.syabas dan tahniah pada mereka karena telah menghabiskan pelajaran dengan mendapat gelaran Sarjana.dan isyaAllah akan terus maju sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.

Ahad, 26 Julai 2009

Mas Hilman & Mbak Marina
Dalam kesibukan mencari ilmu dan exam yang dihadapi student UIN baru-baru ni, kita telah digemparkan dengan satu berita bahwa terdapat ahli usrah x-kudqi dengan senyap-senyap mencari peluang untuk mendapat gelaran S1.bunyi seperti mencuri jer kan..tapi mencuri jgk, curi waktu...bukan mudah untuk menggapai ke track terakhir, dengan penat lelah, susah payah dan naik turun tangga maka akhirnya selesai jugak. Satu urusan, bukan bermakna dalam satu hari boleh selesai bahkan bisa sampai memakan satu minggu, jenuh jgk kalu nunggu tu, makan pun x tentu, turun pagi makan roti, pulang malam muka pun hitam. Ish ish. bukan senang nak senang, bukan susah nak senang. Syukur alhamdulillah karena mereka telah melepasi dengan keputusan cemerlang (A) dalam ujian skripsi yaitu matakuliah terakhir untuk mendapat gelaran S.Thi (Sarjana Theologi Islam). Mereka telah berjaya dalam pelajaran dan dalam dirinya sendiri karena telah mendapat motivasi yang betul, kayaknya belajar dari H.M Tuah..dengan mendahului diantara semua maka mereka digelar dengan orang yang pertama dalam menghabiskan S1 dengan record 11 bulan di uin jakarta (3 september 2008-25 julai 2009)..sebenarnya usaha mereka itu telah memberi semangat pada teman-teman yang lain dalam mencapai track terakhir itu, dan kita dapat lihat sendiri dengan kesibukan teman-teman yang lain untuk menyiapkan tesis, juga mengikut step-step tadi.fuhhhh...get spirit wahai teman, be the best..dan redha lah apa yang akan terjadi karena semua perkara itu terjadi atas kehendak Allah Ta'ala, serta ditambah dengan usaha yang mendalam, maka dengan otomatis peluang terbuka luas di depan mata, kita hanya perlu mencari kunci dan peta untuk membuka dan mencari keberkatan. Wakil dari usrah x kudqi (New Generation) mengucapkan tahniah dan selamat menempuh cabaran yang akan mendatang dengan status yang lebih tinggi, dengan itu kami memotretkan photo-photo mereka ketika menghadapi ujian sidang skripsi.

Ahad, 19 Julai 2009

Ikhtilat @ Pergaulan bebas, Bagaimana Dengan Kita?
Sering sahaja dalam minggu ini, apabila otak saya menjentik rasa untuk menulis sesuatu, jemari saya layu tidak bertenaga. Entah kenapa! saya seakan hilang rentak tari. Nafsu menulis saya membuak-buak tapi ada sesuatu yang menghalangi saya untuk tampakkan diri dikhalayak. Saya malu sendiri lantas mengambil keputusan untuk menyepi buat seketika. Doakan saya…
Malam ini saya lawan tembok kebal penghalang - Enferiority kompleks + tekanan suasana - yang menjadikan saya moody untuk menulis.
Ikhtilat Ikhwah & Akhawat, Bagaimana Dengan Kita ?
Persoalan mungkin, ikhtilat antara IKHWAH dan AKHAWAT, bagaimana dengan kita? Terkadang saya berfikir sendiri, wajarkah isu ini dibangkitkan atau saya akan hanya dikata orang sebagai ketinggalan. Saya sedar sekian ramai yang telah pun tahu dan faham benar akan persoalan ini namun otak saya tetap berkeras mahu membekaskan tulisan atas tajuk ini. Harapan saya hanyalah satu, sebagai satu perkongsian.
Seseorang lelaki mahupun wanita itu hendaklah apabila telah cukup ilmu dan fahamnya tentang agama Islam, sementelah mereka yang terlibatnya di dalam dakwah haruslah menjaga dan memastikan dirinya jauh daripada ikhtilat (percampuran lelaki-perempuan) yang bukan mahramnya.
Ikhtilat ataupun percampuran antara lelaki dan perempuan selayaknya dilihat sebagai sesuatu yang besar impaknya kepada keruntuhan moral ummah. Sering kita dengar istilah kawan, adik-kakak-abang angkat mahupun tidak alah juga yang mendakwa sebagai rakan chatting atau apa jua istilah yang diguna sebagai merujuk kepada hubungan kemasyarakatan.
Justeru saya klasifikasikan hubungan mahupun ikhtilat antara dua jenis jantina ini sebagaimana berikut : 1. Hubungan lelaki dan perempuan atas nama cinta
2. Hubungan lelaki dan perempuan atas nama sahabat, kawan atau adik-abang-kakak angkat. Istilahnya sebagaimana yang ditakrifkan oleh Dr Haji Mohd Fadhilah Kamsah sebagai ‘Platonik’
Hubungan Cinta
Pada hakikatnya mana mungkin perkataan cinta penuh ghairah nafsu boleh hadir tanpa suatu yang bernama akad. Selalu sangat kita dengar ungkapan ‘i love u’ atau yang lebih islamik sikit mengungkapkan kalimah cinta dengan ‘Ana uhibbuka/ki fillah’.
Ungkapan pertama mungkin hasil didikan barat dan saya yakin ramai dikalangan kita samada islamic student mahupun mereka yang ada kesedaran agama jarang sekali terlibat dengan benda sebegini. Namun saya gusar bila terkadang mendengar ungkapan yang disaran oleh Nabi SAW digunakan dalam menzahirkan kasih sayang atas nama ukhuwah islamiah disalah guna. Unjuran nabi agar perkataan ‘Ana uhubbuka/ki fillah’ digunakan sesama jantina agar ikatan kasih sayang atau ukhuwwah islamiah disemarakkan kerana irtibat dengan ribatan iman dan Islam adalah kemuncak hubungan selain daripada hubungan kekeluargaan. Namun hari ini saya melihat ramai yang menangguk di air keruh apabila mengistinbatkan unjuran tersebut hingga membibitkan rasa gahirah cinta antara lain jantina. Pepatah arab ada menyebut ; Mula-mula salaing pandang memandang, kemudian melirik senyum seterusnya berani mengungkap kata “Hai assalamualaikum, boleh berkenalan” dan akhirnya temu-janji dibuat. Platonik Hubungan jenis ini sebenarnya lagi bahaya kerana sifatnya yang tersembunyi dan terselindung disebalik istilah hubungan kawan, adik angkat dan abang/kakak angkat atau apa jua hubungan yang langsung tidak melibatkan perasaan cinta pada awalnya. Sejak sekian lama saya memerhati dan membuat analisa berkenaan dengan hubungan ini hinggalah akhirnya saya menjumpai istilah yang membezakannya dengan hubungan cinta biasa. Kesimpulan yang saya jumpai menunjukkan bahawa hubungan ini juga adalah tidak syarie dalam Islam. Islam amat menitik beratkan soal hubungan ikhtilat antara lelaki dan perempuan sebagai langkah ikhtiat agar kelangsungan ummah tidak dicelarukan. Dalam Maqasid Syariyyah ada disebutkan antara 5 kewajipan manusia yang seharusnya dijaga dan diberi perhatian adalah menjaga nasab dan keturunan. Justeru mana mungkin lelaki dan perempuan yang diharamkan oleh agama untuk berikhtilat dalam erti kata samada berhubung rapat penuh nafsu atau persahabatan dan ber’angkat’ kononya langsung tiada rasa cinta dihalalkan oleh selera dan nafsu kita. Bukankan hidup bertunjangkan syariat dan agama adalah selamat dan yang pasti akan membawa bahagia di dunia dan di akhirat. Namun ini bukanlah bermaksud antara lelaki dan perempuan langsung tiada ruang komunikasi. Islam adalah agama yang mudah-memudah dan seharusnya relatif dengan tabie manusia. Islam meletakkan keharusan dalam muamalah dan hubungan kemasyarakatan antara lelaki dan perempuan dengan di sana juga diletakkan seiring batasan syariat. Ia bukalah sesusah dan sepayah apa yang digegak gempitakan oleh barat mentohmah dan memaparkan kejumudan ajaran Islam mengikut definisi keji mereka dalam soal ini. Batas yang digariskan bukanlah sesuatu yang sukar dilaksanakan tapi sebenarnya ia adalah langkah selamat ke arah menjamin keselesaan dan keselamtan ummah. Pelanggaran batas-batas pergaulan muslimin-muslimat masih terjadi dan hal ini mungkin disebabkan kerana : 1. Belum mengetahui batas-batas pergaulan. 2. Sudah mengetahui, namun belum memahami. 3. Sudah mengetahui namun tidak mahu mengamalkan. 4. Sudah mengetahui dan memahami, namun tergelincir kerana lalai. Kita mungkin sibuk menghiasi penampilan luar kita dengan menyimpan janggut, berkopiah ataupun dengan tudung labuh warna warni. Kita sibuk berhiaskan simbol-simbol font Islam, namun lupa substans Islam. Kita bersungguh belajar ilmu Islam namun tidak menfokuskan kepada pemahaman dan amal.
Garis Panduan Interaksi Muslimin Dan Muslimat
Di dalam Surah Az-Zariyat, Allah menjelaskan secara umum bahawa dia telah menjadikan makhlukNya secara berpasangan. FirmanNya yang bermaksud: "Dan bagi setiap sesuatu, Kami telah ciptakan secara berpasangan." Bagi memakmurkan dunia, Allah telah ciptakan pula makhluk manusia selaku pentadbir dunia ini secara berpasangan lelaki dan perempuan. FirmanNya yang bermaksud: "Wahai manusia, Kami telah ciptakan kamu (secara berpasangan) dari jenis lelaki dan perempuan." Pada masa yang sama, makhluk manusia yang berpasangan ini dibebankan pula dengan amanah dakwah Islam. Amanah ini merupakan satu tanggungjawab yang dipikulkan secara sama rata samada lelaki mahu pun perempuan. FirmanNya yang bermaksud: "Orang-orang mukmin lelaki dan orang-orang mukmin perempuan itu saling mambantu menjalankan tugas menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar." Dalam menunaikan amanah amar ma'ruf dan nahi mungkar itu tadi, sudah tentu mereka memerlukan kepada perhubungan dua hala antara lelaki dan perempuan. Mereka akan saling berinteraksi dan berkomunikasi di antara satu sama lain. Bagi menjamin da'wah tidak tercemar dan agama terus tersebar, maka Islam sebagai agama yang syumul turut membari garis panduan dan tunjuk ajar bagaimana muslimin dan muslimat berinteraksi antara sesama mereka. Mereka juga diberi tunjuk ajar bagaimana berinteraksi dengan orang-orang yang berada di sekeliling mereka bagi mencapai matlamat da'wah dan mengelak ruang fitnah.

Sabtu, 11 Julai 2009

USRAH KAMI
Pada 5 Julai yang lalu, anak-anak Malaysia ex-KUDQI mengadakan usrah gabungan muslimin dan muslimat. Alhamdulillah perjalan usrah berjalan seperti yang dirancang. Dalam perjalanan ursah tersebut, antara perkara yang dibincangkan adalah “fahaman libralisma: pengaruh serta ancaman kepada kami” dan “wawasan dakwah”. Semua memberikan pendapat dan pandangan serta cadangan yang bernas. Cuma muslimat kurang bersuara kerana kemungkinan segan dan malu kepada muslimin, kan suara muslimat aurat bagi muslimin bila lebih dari kadar biasa, tetapi apabila bersuara, pandangan-pandangan daripada muslimat sememangnya hebat. Seharusnya sifat malu itu harus dihilangkan dalam diri seorang pendakwah. Dalam pernbincangan berhubung dengan kewajipan berdakwah sama ada kepada orang Islam atau bukan Islam, ulama’ dan intelektual Islam lebih cenderung kepada pendapat bahawa setiap individu muslim adalah wajib (fard) melaksana tugas dakwah, bergantung kepada tahap dan kefahaman mereka terhadap Islam.Pandangan ini diasaskan antara lain kepada tujuan utama rasul-rasul diutuskan oleh Allah iaitu untuk menyampaikan mesej Islam kepada manusia dengan harapan manusia akan beroleh kesejahteraan dalam kehidupan.Dalam hubungan ini Allah berfirman: "فهل على الرسل الا البلاغ المبين" Maksudnya: “Maka tidak ada kewajipan atas para rasul, selain dari menyampaikan (amanat Allah) dengan terang” (16:35). Sebagai komunikator, para rasul berjaya menyampaikan mesej yang diamanahkan kepada mereka dengan jelas. Pandangan tentang kewajipan berdakwah ini mempunyai implikasi yang besar kepada berterusannya penyebaran mesej Islam hingga kini. Ada diantara kami yang bersuara mengatakan takut untuk pulang ke Malaysia kerana beban yang bakal ditanggung terlalu berat iaitu terjun ke dalam masyarakat. Untuk melaksanakan tugas dakwah yang diamanahkan, setiap muslim perlu berkomunikasi, dan untuk berkomunikasi, sudah tentu mereka memerlukan informasi. Hanya dengan menguasai sebanyak mungkin informasi akan membolehkan seseorang da’i memahami dan menghayati Islam,, dan seterusnya membolehkan ia menyampaikan maklumat yang benar, bertindak , membuat keputusan yang tepat dan dapat mengorganisasi komuniti untuk hidup yang lebih sempurna. Komuniti Islam diperintahkan supaya menegakkan kebaikan dan memerangi kejahatan serta kerosakan yang dilakukan oleh manusia di muka bumi. Dengan memberi perhatian kepada وتوا صوا نالحق (nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran), Islam menentukan supaya umatnya menjadi “a knowledge-based society, information rich community”5. Kerana itu al-Qur’an banyak mengajak manusia berfikir tentang diri dan suasana di sekeliling mereka, mencari ilmu pengetahuan dan kemudian menyebarkan kepada massa supaya segala kebaikan dari kebenaran ilmu dapat dikongsi bersama. Dakwah dengan tujuan yang satu iaitu untuk mengajak orang kepada Islam yang sebenar walaupun cara perlaksanaannya berbeza. Ada dikalangan kami menyuarkan cara yang akan digunakan melalui dakwah ekonomi, pendidikan, dan sebagainya. Walaupun cara masing-masing berbeza tetapi matlamat kami sama. Sama-samalah kita mendoakan kejayaan untuk melaksanakan kerja-kerja Islam. Sama-samalah berjuang dibawah bayangan al-Quran. Lihatlah katak pisang. dua perkara dalam satu masa. pertama katak, adalah seekor haiwan yang begutu unik yang diciptakan Allah dan pisang pula adalah sejenis buahan. yang mana kaitan antara kedua ciptaan Allah ini adalah, pisang tidak pernah dimakan oleh katak dan begitu sebaliknya. jadi, atas kepandai kita yang dianugerahkan oleh Allah,kita boleh mewujudkan sesuatu yang belum pernah terfikir oleh sesiapa. wassalam....:)

Jumaat, 10 Julai 2009

Barat dan Pandangannya Tentang JIHAD

Tepatnya setelah tragedy WTC 11 september, amerika gencar mengeluarkan istilah terorisme. Dengan segala daya upaya mereka berusaha menarik simpati dari Negara lain untuk memberikan dukungan guna menumpas terorisme. Tapi persoalan muncul, karena term teroris itu nyatanya selalu dikaitkan dengan Islam. Dari semua calon dari buruan amerika adalah mereka yang muslim dan beragama taat pada agamanya. Sebuah konspirasi globalpun kemudian telah meluas (Adian Husaini:2005).

Munculnya istilah terorisme ini kemudian meluas menjadi pandangan umum bahwa teroris adalah muslim, sehingga penafsiran yang ada kemudian al-Qur’an sebagai sumber kehidupan muslim dianggap telah melanggar HAM karena mengajarkan jihad yang menurut pandangan barat adalah membunuh kafir (selain muslim).

Pandangan-pandangan yang salah ini kemudian memunculkan islamphobia, yaitu ketakutan akan Islam yang menurut mereka selalu berbuat anarkisme dan terror. Ini dibuktikan banyaknya penyiksaan pada muslim disebuah Negara yang mayoritas Kristen atau Yahudi. Para orientalis dengan beraninya mengatakan bahwa ayat-ayat jihad adalah ayat-ayat madaniyah semua, sehingga ayat yang berkenaan dengan jihad pastilah perintah untuk berperang dan memerangi orang selai muslim. Beberapa ayat yang dijadikan patokan mereka adalah surah AlFurqan dan AlHajj.

“Maka janganlah kamu mengikuti orang-orang kafir, dan berjihadlah terhadap mereka dengan Al Quran dengan Jihad yang besar”. (Al-Furqan: 52)

“Telah diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi, karena Sesungguhnya mereka telah dianiaya. dan Sesungguhnya Allah, benar-benar Maha Kuasa menolong mereka itu.” (Al-Hajj:39)

Pandangan ini jelas salah besar, mengingat ayat-ayat jihad bukan hanya turun di periode madinah saja, tetapi juga diperiode makkah. Ayat-ayat jihad periode makkiyah (QS.Al-Furqa: 52, an-Nahl: 110, al-‘ankabut: 6 dan 69) ini tidak sedikitpun menyiratkan akan perintah berperang. Perintah berperang hanya muncul setelah periode madinah (QS. Al-Hajj: 39), dan tidak semua ayat-ayat jihad periode madinah menyiratkan pertempuran fisik.

Beberapa hadist menunjukkan pengertian Jihad dalam islam:

“Dari ‘Aisyah Radliyallaahu ‘anha: Aku berkata: Wahai Rasulullah, apakah perempuan wajib berjihad?. Beliau menjawab: “Ya, jihad tanpa ada peperangan di dalamnya, yaitu haji dan umrah.” (Riwayat Ibnu Majah dan asalnya dalam kitab Bukhari). Abdullah Ibnu Umar Radliyallaahu ‘anhu berkata: Ada seseorang menghadap Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam meminta izin ikut berjihad (perang). Beliau bertanya: “Apakah kedua orang tuamu masih hidup?”. Ia menjawab: Ya. Beliau bersabda: “Kalau begitu, berjihadlah untuk kedua orang tuamu.” Muttafaq Alaihi.

Sekali lagi, penafsiran para orientalis dan barat tentang ayat jihad sebagai perintah berperang fisik dan terror sebenarnya adalah sebuah ketakutan barat akan kemajuan Islam. Hal ini tak lepas dari histories bahwa Islam pernah menguasai barat untuk waktu yang cukup lama, terutama pada dinasti Turki Utsmani. Selain itu, tulisan Samuel Huntington “Tha clash of civilization” menyadarkan amerika sebagai Negara yang kini memegang kendali dunia akan keterancaman mereka dengan Islam. Sehingga segala daya upaya dilakukan seperti disebarkannya ide-ide liberalisme, sekulerisme, relativisme, dan lain sebagainya untuk menghentikan laju peradaban Islam yang lambat laun mulai bergerak maju. Pembelokan tafsir tentang jihad juga merupakan proyek besar amerika yang dalam hal ini mewakili barat sebagai upaya menghancurkan Islam. Tetapi sekali lagi usaha itu hanya akan sia-sia, karena al-Qur’an akan selalu terjaga dari kesalahan karena Allah melalui perantara ulama, para ilmuwan muslim akan selalu menjaganya.

“Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Quran, dan Sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya.”(QS. Al-Hijr: 9).

Wallahua’lam bis showab.