Sabtu, 11 Julai 2009

USRAH KAMI
Pada 5 Julai yang lalu, anak-anak Malaysia ex-KUDQI mengadakan usrah gabungan muslimin dan muslimat. Alhamdulillah perjalan usrah berjalan seperti yang dirancang. Dalam perjalanan ursah tersebut, antara perkara yang dibincangkan adalah “fahaman libralisma: pengaruh serta ancaman kepada kami” dan “wawasan dakwah”. Semua memberikan pendapat dan pandangan serta cadangan yang bernas. Cuma muslimat kurang bersuara kerana kemungkinan segan dan malu kepada muslimin, kan suara muslimat aurat bagi muslimin bila lebih dari kadar biasa, tetapi apabila bersuara, pandangan-pandangan daripada muslimat sememangnya hebat. Seharusnya sifat malu itu harus dihilangkan dalam diri seorang pendakwah. Dalam pernbincangan berhubung dengan kewajipan berdakwah sama ada kepada orang Islam atau bukan Islam, ulama’ dan intelektual Islam lebih cenderung kepada pendapat bahawa setiap individu muslim adalah wajib (fard) melaksana tugas dakwah, bergantung kepada tahap dan kefahaman mereka terhadap Islam.Pandangan ini diasaskan antara lain kepada tujuan utama rasul-rasul diutuskan oleh Allah iaitu untuk menyampaikan mesej Islam kepada manusia dengan harapan manusia akan beroleh kesejahteraan dalam kehidupan.Dalam hubungan ini Allah berfirman: "فهل على الرسل الا البلاغ المبين" Maksudnya: “Maka tidak ada kewajipan atas para rasul, selain dari menyampaikan (amanat Allah) dengan terang” (16:35). Sebagai komunikator, para rasul berjaya menyampaikan mesej yang diamanahkan kepada mereka dengan jelas. Pandangan tentang kewajipan berdakwah ini mempunyai implikasi yang besar kepada berterusannya penyebaran mesej Islam hingga kini. Ada diantara kami yang bersuara mengatakan takut untuk pulang ke Malaysia kerana beban yang bakal ditanggung terlalu berat iaitu terjun ke dalam masyarakat. Untuk melaksanakan tugas dakwah yang diamanahkan, setiap muslim perlu berkomunikasi, dan untuk berkomunikasi, sudah tentu mereka memerlukan informasi. Hanya dengan menguasai sebanyak mungkin informasi akan membolehkan seseorang da’i memahami dan menghayati Islam,, dan seterusnya membolehkan ia menyampaikan maklumat yang benar, bertindak , membuat keputusan yang tepat dan dapat mengorganisasi komuniti untuk hidup yang lebih sempurna. Komuniti Islam diperintahkan supaya menegakkan kebaikan dan memerangi kejahatan serta kerosakan yang dilakukan oleh manusia di muka bumi. Dengan memberi perhatian kepada وتوا صوا نالحق (nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran), Islam menentukan supaya umatnya menjadi “a knowledge-based society, information rich community”5. Kerana itu al-Qur’an banyak mengajak manusia berfikir tentang diri dan suasana di sekeliling mereka, mencari ilmu pengetahuan dan kemudian menyebarkan kepada massa supaya segala kebaikan dari kebenaran ilmu dapat dikongsi bersama. Dakwah dengan tujuan yang satu iaitu untuk mengajak orang kepada Islam yang sebenar walaupun cara perlaksanaannya berbeza. Ada dikalangan kami menyuarkan cara yang akan digunakan melalui dakwah ekonomi, pendidikan, dan sebagainya. Walaupun cara masing-masing berbeza tetapi matlamat kami sama. Sama-samalah kita mendoakan kejayaan untuk melaksanakan kerja-kerja Islam. Sama-samalah berjuang dibawah bayangan al-Quran. Lihatlah katak pisang. dua perkara dalam satu masa. pertama katak, adalah seekor haiwan yang begutu unik yang diciptakan Allah dan pisang pula adalah sejenis buahan. yang mana kaitan antara kedua ciptaan Allah ini adalah, pisang tidak pernah dimakan oleh katak dan begitu sebaliknya. jadi, atas kepandai kita yang dianugerahkan oleh Allah,kita boleh mewujudkan sesuatu yang belum pernah terfikir oleh sesiapa. wassalam....:)

Tiada ulasan: