Khamis, 24 Julai 2008

Rabu, 23hb Julai Amer dan Ustaz Hadi telah berangkat pulang ke tanah air. Kepulangan mereka pada kali ini agak berbeza dengan sebelumnya. Pulang setelah menamatkan pengajian di UIN, ini berarti mereka tidak akan kembali lagi ke Jakarta untuk bersama-sama kami di sini.

Seawal jam 3.45 pagi waktu setempat, Amer telah berangkat ke Bandara (lapangan terbang) Sukarno Hatta. Segala kenangan manis bersama beliau selama beberapa tahun di Jakarta bermain di benak kami. Apa tidaknya, dari mula berangkat ke Indonesia hingga hari terakhir beliau di Jakarta, kami seperti sebuah keluarga yang utuh, tinggal di bawah satu bumbung, berkongsi susah dan senang di dalam perjuangan. Terasa amat berat hati ini untuk berpisah dengan beliau.

Selepas solat Zohor, giliran ustaz Hadi pula yang beranggkat ke bandara. Hanya ucapan selamat tinggal yang mampu kami ucapkan. Perasaan sedih datang lagi mengiringi pemergian ustaz Hadi. Bermacam pesanan ditinggalkan buat kami adik-adik di sini. InsyaAllah, kami ingat segala pesanan ustaz. Jutaan terimakasih dan kemaafan kami ucapkan kepada mereka. Selamat berjuang di medan yang sebenar.

Tiada ulasan: