Ahad, 20 Julai 2008

Sabtu, 19hb 7 telah diadakan satu Konvokesyen Universitas Islam Negeri (UIN) buat kali ke 72. Hari yang bersejarah ini bukan sahaja merupakan hari yang penuh bermakna bagi mahasiswa UIN, dengan berlangsungnya konvokesyen pada kali ini, bermakna 3 graduan sulung dari KUDQI telah berjaya menamatkan pengajian mereka di UIN. Kesemua teman-teman kita Abdul Hadi, Amer dan Ustazah Salwa mendapat pointer yang bagus dengan gelar "amat baik" dimana mereka mendapat 3.20-3.40.
Disamping mengikuti kuliah harian di UIN, meraka juga diwajibkan mengikuti beberapa praktikum (praktikal) di beberapa kantor (pejabat) pemerintah Indonesia mengikut ketetapan jurusan masing-masing. Mereka diwajibkan menulis satu Skripsi (tesis) sebagai syarat untuk melayakkan mereka lulus di UIN. Antara tajuk Skripsi kawan-kawan kita adalah:
Nama: Abdul Hadi bin Ripin/Ariffin
Tajuk: Nilai-nilai Ketatanegaraan Islam Dalam Pelaksanaan Pemilu di Malaysia (Studi analisis kenerja Suruhan Jaya Pilihan Raya (SPR) dalam perlaksanaan pemilu di Malaysia)

Nama: Amiluddin bin Yusuf
Tajuk: Studi Kualitas Hadis Kemiskinan Itu Mendekati Kekafiran (Tentang kritis sanad dan matan)

Nama: Wan Salwa binti Wan Omar Tajuk: Keutamaan Berwudhu Perspektif Hadis (Studi analisis sanad dan matan)

Tiada ulasan: