Sabtu, 8 November 2008

Salam Takziah Dari Serambi Makkah...
Kami dari Mahasiswa UIN KUDQI mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Ahmad Aduka Alias atas pemergian beliau ke rahmatuLlah Selasa lalu. Arwah yang belajar di tahun dua kuliah Usuluddin meninggal dunia akibat kemalangan di kampung Tualang, Manir.
Sumber dari teman-teman KUDQI, Allahyarham mengalami kecederaan dalaman yang agak serius akibat dari hentakan di tiang berhampiran tempat kejadian. Pihak KUDQI mengambil tanggungjawab menanggung kos-kos membabitkan urusan pengebumian. Ketika ditanya sahabat-sahabat yang mengenali beliau mengakui bahawa beliau merupakan seorang yang mudah mesra dan tidak lokek untuk memberikan kerjasama.
"di antara siswa KUDQI, beliaulah yang paling matang dari segi pemikirannya berbanding siswa yang lain. Beliau seringkali mengambil berat berkenaan permasalahan yang berlaku di kalangan teman-teman se KUDQI walaupun beliau tidak menetap di asrama. Di samping beliau menuntut ilmu di KUDQI, beliaulah yang membiayai pengajian beliau sendiri serta menyara keluarga beliau hasil dari pekerjaan beliau di pusat iqra kampung losong. Kami abang-abang dari jakarta mengharapkan pada jenerasi yang baru dapat memiliki peribadi semulia Allahyarham. yang pergi biarkan berlalu, yang tinggal teruskan perjuangan. Moga Rohnya dicucuri rahmat" Marilah sama-sama kita mengirimkan al-Fatihah dan memanjatkan doa moga Roh beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Ameen.

Tiada ulasan: