Ahad, 9 November 2008

Ujian Tengan Semester sekarang kami warga KUDQI UIN sedang menjalani peperiksaan tengah semester.ada yang mengambil kesempatan mencari bahan rujukan yang tidak pernah cukup.baru baru ini kami berpeluang menjejakkan kaki ke pasar senin iaitu pusat jualan buku terbesar di kota Jakarta.untuk kesana memakan masa selama 2 jam perjalanan dengan menaiki bas dang juga angkot-angkot.moga moga segala keringat kami pada hari itu tidak sia sia untuk meneruskan perjuangan Islam di kota yang ketandusan ajaran Islam yang sebenar ini..Kami adalah makhluk Allah S.W.T yang teristimewa yang memiliki tabiat dan mentaliti yang mempengaruhi amalan dan tingkah laku kami, maka keperibadian inilah yang menjadi perbicaraan dan perbincangan yang utama. Memang tidak dapat disangkalkan lagi bahawa ilmu merupakan nadi utama dalam pembangunan ketakwaan kami. Setiap tamadun siswa kudqi dari dahulu sehingga kini mahasiswa UIN ianya terbina dari asas akhlak dan ilmu. Walau bagaimanapun, Islam mempunyai persepsinya yang tersendiri dan memiliki asas akhlaknya dan asas tamadunnya yang tersendiri.Akhlak adalah cermin keimanan seseorang. Dengan erti kata lain, iman yang sempurna akan memprodukkan akhlak dan ilmu yang mulia atau dengan perumpamaan yang mudah, ibarat pohon yang semata-mata bergantung kepada keelokan akarnya. Sabda Rasulullah S.A.W :

أكمل المؤمنين أحسنهم خلقا

Maksudnya : "Di kalangan mu'minin yang paling sempurna imannya ialah yang terbaik akhlaknya.

Istikomah dalam perjuangan......Takbirrr...

Tiada ulasan: