Khamis, 28 Mei 2009

Surat Iblis Tadi malam waktu akan tidur,aku lihat kau tidak memuji Allah,tidak berselawat,tidak membaca ayat Kursi dan Kulhu.Ini bagus sekali kerana waktu
tidur adalah waktu untuk tidur bukan untuk membaca
Al-Quran.Sesungguhnya engkau tidak membuang masa. Pagi ni aku lihat kau tidak bangun mengerjakan solat subuh.Bagus sekali!Engkau telah membuktikan bahawa engkau adalah sahabatku yang
budiman.Janganlah engkau susah-susah bangun dan memendekkan
tidurnya.Tidurlah dengan nyeyak dan nyaman.Jangan hiraukan suara ayam yang
berkokok atau penggera jam yang mengejutkan engkau dari tidurmu.Bila subuh datang menjelang,udara masih dingin,tariklah selimutmu dan tidurlah sayangku seperti puteri kayangan. Aku lihat engkau jarang-jarang mangambil wudu'.Ini bagus sekali kerana angkau tidak membazirkan air dan tidak meninggikan water bill rumahmu.Aku lihat engkau tidak pernah membaca Bismillah sewaktu hendak makan.Ini
bagus,kerana engkau tidak memenatkan mulutmu.Dan bila sudah kenyang,engkau
tidak pernah menyebut alhamdulillah.Ini bagus juga.Cukuplah engkau sendawa kuat-kuat seperti lembu. Hai manusia yang kucintai,
semalam ada seorang peminta sedekah datang ke rumahmu.Engkau menghalau dia
suruh pergi tanpa engkau memberikan duit sesen pun ataupun seteguk air.Ini sangat bagus dan terpuji,kerana engkau tidak membuang-buang duit dan tidak membazirkan rezekimu yang melimpah-limpah yang diberikan Allah kepadamu.Engkau seorang yang berjimat cermat.Biarlah rezeki engkau untuk kegunaan engkau seorang,untuk menonton wayang,berholiday di Genting dan membeli kemewahan dunia.
Aku lihat bila engkau bertemu dengan sahabat handaimu,engkau tidak
mengucapkan Assalamualaikum.Engkau mengucapakan 'Hi everybody!'.Ini bagus
juga kerana engkau menunjukkan bahawa engkau mengerti adab resam orang
kafir dan engkau mengerti bahasa Inggeris.Tidak perlu engkau belajar membaca bahasa Arab kerana ini bukan bahasa antarabangsa.Engkau telah membuktikan bahawa engkau dan aku adalah sahabat sejati.Sudah tentu engkau adalah seorang yang budiman kepada kaumku. duhai manusia, Apabila engkau berpuasa,telah lemah seluruh urat sendiku,telah terbakar seluruh jasadku,merintihku kesakitan,bila setiap kali ku lihat hamba-hambaNya yang penat berpuasa di siang hari dan menghabiskan waktu malamnya dengan berzikir dan merintih mengenang dosa-dosanya yang lepas
kerana pintu taubat telah dibuka Allah dengan seluas-luasnya.Namun,aku
tetap gembira kerana ada diantara kamu yang masih sudi menjadi temanku...melepaskan peluang rahmat Allah dengan mengucap perkataan yang sia-sia,mengumpat,tidak solat malah mencipta persengketaan...aduhai tubuh badanku yang terbelenggu telah segar kembali.Cukuplah NAFSU manusia sendiri menjadi penyambung tugasku disepanjang bulan yang dirahmati ini.Di akhirat nanti,engkau dan aku dapat berjalan bersama-sama...kita berpegang tangan menuju NERAKA JAHANAM....... sahabatmu yang tercinta, IBLIS LAKNATULLAH

Tiada ulasan: