Kini telah bermula sesi pengkuliahan, minggu pertama menjadikan para mahasiswa menganggap suatu minggu yang amat penting bagi mereka. Akan tetapi tidak begitu pada mahasiswa uin, karena bagi mereka adalah peluang amat berharga untuk memanjangkan minggu cuti, karena banyak hal yang bisa dilakukan pada hari tersebut bagi mengukir sejarah dalam kehidupan yang mungkin barangkali tidak bisa dibuat pada hari-hari lain. Sementara itu, mahasiswa telah diberi peluang dan telah ditetapkan oleh lembaga akademik bahwa tidak akan diberi masuk ujian jika yang melebihi 3 kali ponteng. Maka mahasiswa menganggap ini adalah suatu yang enteng. Kembali pada tajuk utama yang akan kita kasi tahu pada teman-teman. Hari ini merupakan hari pertama dalam kelas, anak-anak ushuluddin sekali lagi didedahkan dengan perkara yang amat baru untuk diterima, selama ini kita belajar mengikut al-qur'an dan sunnah, tapi disini, kita belajar mengenai ulama'-ulama' baru yang telah dianggap murtad atau keluar dari landasan. Belanda dan Iran suatu negara yang bebas dalam pemikiran so secara tidak langsung kita belajar dan mengkaji tentang metodologi dan pemikiran yang dibawa meraka. Walaupun kita tidak belajar dengan pak dosen yang mengeluarkan pemikiran itu, tapi sudah cukup pusing belajar dengan anak murid mereka kelahiran Mc Gill-Belanda. ...........baca seterusnya dalam ruangan fikrah tajdiduin.-belebab
blog ini diadakan hanya untuk mengetahui perkembangan semasa dari teman-teman yang menjadi perantauan dibumi Jakarta. tidak ada kontribusi dan kaitan sama sekali dari mana-mana pihak.hanya sekadar bertukar pendapat serta pengetahuan. jika ada kritik dan saran, sila hantar ke email ini: zakiey87@yahoo.com.my dan mutawallisyahrawi_85@yahoo.com.my
Beberapa panduan Imam Al- Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong dan angkuh
1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.
2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.
3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.
4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui..
5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.
6. Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan didalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan