Selasa, 17 Jun 2008

Rabu, 17hb Jun Mohd Khairil Abd. Hamid dan isteri akan bertolak pulang ke Tanah Air menaiki Penerbangan tambang murah Air Asia. Beliau dijangkan bertolak dari rumah pada jam 3 pagi waktu setempat. Tiket penerbangan yang akan dinaiki dijadualkan pada jam 7.30pagi hari berkenaan. Semoga perjalan beliau dan isteri berjalan lancar. Beliau yang dikenali dengan keramahannya menyampaikan salam kepada semua sahabat yang dikenali samada di Indonesia atau di Timur tengah ketika ditemui wakil tajdid pagi tadi. Setelah menerima Paraf (tandatangan) pensyarah pembimbing skripsi beliau pada pagi kelmarin, beliau menarik lafaz lega dan berterimakasih kepada semua kawan-kawan yang telah banyak membantu beliau dalam menyiapkan skripsi yang merupakan syarat kelayakan bagi mahasiswa UIN untuk menerima gelar sarjana. Tajdid juga menerima makluamat bahwa beliau dan isteri menurut jangkaan doktor, InsyaAllah akan menerima cahaya mata pertama pada 6hb Ogos akan datang. Sama-samalah kita doakan semoga beliau dan keluarga sentiasa bahagia dan sentiasa diberkati Allah. Amin...,

Tiada ulasan: