Sabtu, 14 Jun 2008

Alhamdulillah..., ucapan pertama keluar dari mulut anak kelahiran Jerangau Sungai ini, Abdul Hadi Ariffin/Ripin setelah keluar dari Dewan Munakhosyah Skripsi (Tesis) baru-baru ini. Dalam sidang skripsi yang diuji oleh beberapa orang profesor ini, setiap mahasiswa harus mengadakan sesi perbentangan dan sesi soal jawab oleh penguji yang kedua-duanya mengambil masa 2 jam bagi setiap mahasiswa.

Setelah lulus Sidang Skripsi yang bertajuk "Nilai-nilai Ketata Negaraan Islami dalam Perlaksanaan Pemilu di Malaysia", maka secara sah Abdul Hadi bin Ariffin telah mendapat gelar Sarjana Hukum Islam (SHI) dengan nama baru, (Abdul Hadi bin Ariffin SHI) .

Ucapan syabas buat Ustaz Hadi yang merupakan sarjana pertama KUDQI lulus di UIN dan InsyaAllah akan diturut oleh Amiluddin dan mahasiswa lain. Konvokesyen dijangka akan diadakan pada bulan Julai nanti. Konvo pada kali ini InsyaAllah seramai 6 orang mahasiswa dari Malaysia akan ikut serta dan 2 daripadanya adalah mahasiswa dari KUDQI.

Tiada ulasan: