Ahad, 6 Julai 2008

.::Perjuangan::.
Kita bersyukur kerana berada dalam Islam yang merupakan agama agung umat manusia di mana padanya memerlukan pengorbanaan serta mesti melalui ujian dan cabaran yang berbagai. Kita tahu hidup kita terdiri dari zahir & batin. Apakah kita memenuhi tuntutan zahir & batin kita? makanan untuk zahir (batang tubuh) sudah semestinya tertunai dengan kita makan setiap hari..., tapi bagaimana dengan batin (ruh) kita? apakah kita pernah berusaha memberi makan seperti kita mencari makanan yang lazat dengan menu yang berganti setiap hari.
Kita berkesempatan mengaji ilmu agama, kita telah mendapat nikmat Iman dan Islam, apakah kita bersyukur?. Setelah sekian lama hidup, apakah yang telah kita sumbangkan untuk Islam sebagai agama suci kita? yang akan membela kita di hari yang tiada perlindungan nanti. Pernahkah kita berusaha melindungi Islam? Apakah agama kita ini akan membela kita suatu hari nanti dengan kita yang tidak serius membela mereka sekarang?
Keinsafan amat mudah muncul dalam diri kita, airmata akan terkeluar jika serius dirimu itu menginsafi amalanmu! tapi apakah ia berterusan? apakah dirimu akan kekal dalam keinsafan dan sentiasa bersemangat seperti kamu baru menyaksikan kejayaan yang dikecapi oleh orang lain? semangat muncul ketika dengki (yang bercampur perasaan aku akan dapatkan juga apa yang dia dapat). Sampai bila kita harus begini? harus tidak tetap pendirian? Kemana perginya semangat waktu takhbirmu? Kemana perginya semangat muda mu? yang bersemangat ketika pemimpin bersemangat, yang kuat dan menagis kegembiraan diwaktu mengecapi kejayaan..., wahai kawan, kita belum berjaya lagi sekarang! kamu mahu mengharapkan siapa lagi yang memperjuangkan Islam? Kita yang mengaji Islam!
Ayoh berjuang..., aku dengan mentode aku, kamu dengan aliran mu, matlamat kita satu Laailahaillallah!!! kami di sini berjuang, entum mendoakan, kamu semua berjuang..., kami aminkan kemenangan! ingat musuh Islam sentiasa ingin menjatuhkan orang yang memperjuangkan Islam!. Bersiap sedialah kita untuk menghadapi cabaran!!!
By Al-Hikmah,

Tiada ulasan: