Khamis, 3 Julai 2008

Menghadiri undangan munaqasyah doktor Prof. Kiai Hj. Mustafa Yakub pada 26 Jumadilakhir 1429H bersamaan 30 Jun 2008 yang bertempat di Aula Utama Masjid Istiqlal Jakarta. Undangan atas nama Abdul Hadi dan kawan-kawan di Jakarta oleh Prof. Dr. Hazrat Maulana Mufti Khaleel Ahmed yang merupakan Rektor Universiti Nizamia, Shibligunj, Hyderabad India ini dihadiri oleh beberapa teman Malaysia di Indonesia. Prof. Ali Mustafa Yakub adalah merupakan pengasas Pondok Pesantren Darul Sunnah Pisangan Barat, Ciputat, Jakarta. Beliau yang merupakan Imam Besar Masjid Istiqlal kebetulan merupakan jiran sebelah kepada kami di Indonesia. Alfadhil Ustaz Mahmood bin Sulaiman (Pengarah KUDQI) pernah berkunjung ke rumah beliau ketika mengunjungi Jakarta baru-baru ini. Prof Ali Mustafa Yakub yang juga merupakan tenaga pengajar kepada beberapa institusi pengajian tinggi dalam menyiapkan Phd-nya, beliau menulis tesis yang bertajuk Kriteria Halal-Haram untuk Pangan, Obat dan Kosmetika dalam Prespektif al-Quran & Hadis. Antara tim punguji beliau baru-baru ini adalah Prof. Dr. Mohammed Hassan Hitou yang merupakan Guru Besar Fiqih & Usul Fiqih Universiti Kuwait, Prof. Dr. Mohammed Saifullah Mohammed Afsafullah yang merupakan Guru Besar dan Ketua Jurusan Sastra Arab Universiti Nizamia, Prof. Dr. Taufiq Ramadhan al-Buti yang merupakan Guru Besar dan Ketua Jurusan Fiqih & Ushul Fiqih Universiti Damascus, Syria dan terakhir Prof. Dr. Mohammed Khaja Sharief Mohammed Shahabuddin yang merupakan Guru Besar dan Ketua Jurusan Hadis Universiti, Hyderabad India.

Tiada ulasan: