
Beliau merupakan anak ke tiga dalam keluarga. Pada awalnya mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Manir, seterusnya melanjutkan pelajaran ke Sekolah menengah kebangsaan Manir. Setelah itu beliau menyambung pelajaran di Maahad Darul Quran Rusila, kemudian beliau melanjutkan pelajaran di KUDQI dan pada waktu ini beliau dalam proses menamatkan pengajian S1 di Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah, Jakarta.
Sekarang beliau sedang menyiapkan skripsi di UIN dan dijangka akan mengikuti wisuda (konvokesyen) pada bulan November nanti, Amen. Di UIN beliau mengambil Jurusan Tafsir Hadis di Fakultas Usuluddin dan Filsafat. Kerana mengabil jurusan Tafsir Hadis, beliau telah banyak mendalami berbagai ilmu yang berkaitan dengan Tafsir dan Hadis, oleh kerana itu, secara tidak sengaja beliau merupakan rujukan kami dalam masalah Hadis di sini. Semoga beliau berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat. Amen..,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan