Khamis, 17 Julai 2008

Sekarang tiba lagi musim libur(cuti) di UIN, sekali lagi musim sepi menyelubungi ASPA (Asrama penginapan Putera) & ASPI (Asrama penginapan Puteri). Ramai anak-anak kampus mengambil peluang cuti semester untuk pulang ke kampung masing-masing, termasuk la sebahagian besar anak Malaysia yang turut pulang ke Tanah Air.
Baru-baru ini kawan kita Ahmad Baha telah pulang ke Malaysia dan pagi kelmarin Mawardi turut pulang untuk melaksanakan tugas beliau di kampung pada bulan puasa nanti. Peluang berbakti pada kampung halaman dengan menjadi Imam Terawih di Bulan Ramadhan tak dilepaskan. Apatah lagi, setelah beliau mengikuti beberapa kelas pengajian Al-Quran bersama beberapa orang guru sekitar ciputat selama 1 tahun berada di Jakarta.
Cuti yang diberikan pihak Universiti hanya bermula akhir bulan Jun hingga Awal bulan September. Akan tetapi sudah menjadi kebiasaan anak-anak UIN mengambil libur panjang bila musim perayaan menjelma. Tetapi ini tidak bermakna mahasiswa boleh terlepas dengan mudah dari mengikuti kuliah. Kelas yang tidak diikuti harus diganti mengikut budibicara dosen (pensyarah) setiap mata kuliah. Selamat bercuti di ucapkan kepada semua, moga libur kali ini memberi manfaat kepada kita semua.

Tiada ulasan: