Pada 06 Januari 2009 secara tidak langsung telah mengadakan usrah gabungan antara muslimin dan muslimat X KUDQI UIN Jakarta. Ide ini dibikin dalam beberapa bulan sebelumnya dan oleh karena nggak ada ruang kosong yang ketemu, maka persatuan mengambil masa yang agak lama untuk menjayakan usrah yang julung kali diadakan sebagai permulaan bagi tahun ini. Isi yang telah dibincangkan didalam usrah tersebut adalah mengenai sikap perilaku dan hal-hal yang menyangkut persatuan dan pembelajaran, dan ada juga yang menyentuh tentang hal-hal semasa yang berlaku dan yang akan berlaku dan juga nasihat-nasihat yang amat berguna dan baik untuk dijadikan pedoman. Kesemua muslimat dan muslimin diucapkan jutaan terima kasih dan ucapan tahniah karena telah menjayakan majelis tersebut..- belebab goreng
blog ini diadakan hanya untuk mengetahui perkembangan semasa dari teman-teman yang menjadi perantauan dibumi Jakarta. tidak ada kontribusi dan kaitan sama sekali dari mana-mana pihak.hanya sekadar bertukar pendapat serta pengetahuan. jika ada kritik dan saran, sila hantar ke email ini: zakiey87@yahoo.com.my dan mutawallisyahrawi_85@yahoo.com.my
Beberapa panduan Imam Al- Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong dan angkuh
1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.
2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.
3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.
4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui..
5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.
6. Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan didalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan