Pada 27 januari 2009 persatuan (imisuin ) telah mengadakan rehalah tarbawi bagi anak-anak Malaysia UIN Jakarta, destinasi yang dituju adalah Bandung dan Bogor dengan menaiki bas yang muat dalam 54 orang, bermula pada jam 4am hingga 11.30pm. ramai yang telah mengikuti program tersebut antara yang menyertai dikalangan X APID, X IPA dan X KUDQI. Dan turut hadir Kak Saidah (Malaysia dalam S2) beserta anak-anak dan suami (Indonesia). Ribuan terima kasih diucapkan pada mereka yang menjayakan program tersebut. Semoga Sukses..- belebab goreng
blog ini diadakan hanya untuk mengetahui perkembangan semasa dari teman-teman yang menjadi perantauan dibumi Jakarta. tidak ada kontribusi dan kaitan sama sekali dari mana-mana pihak.hanya sekadar bertukar pendapat serta pengetahuan. jika ada kritik dan saran, sila hantar ke email ini: zakiey87@yahoo.com.my dan mutawallisyahrawi_85@yahoo.com.my
Beberapa panduan Imam Al- Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong dan angkuh
1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.
2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.
3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.
4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui..
5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.
6. Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan didalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan