Ahad, 25 Mei 2008

Khamis, 22 Mei Praktikal Metodologi pengambilan hukum di Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) Daerah Ibu Kota Jakarta (DKI) selamat dijalankan. Praktikal yang asalnya dijadualkan pada bulan Februari baru-baru ini terpaksa ditunda kerana sebahagian besar Mahasiswa Malaysia pulang ke Tanah Air mengikuti Pilihan Raya Umum ke-12.
Dengan berbekalkan sedikit Ilmu di dada, mahasiswa dari KUDQI telah berjaya menjalankan praktikum walaupun kehadiran ke DPRD pada kali ini majoriti dari mahasiswa Malaysia. kebiasaannya, mahasiswa Malaysia hanya menumpang anak Indonesia untuk menyelesaikan praktikum yang melibatkan pihak pemerintah Indonesia, syabas diucapkan.
Praktikal yang melibatkan beberapa tahap ujian ini dijangkan akan diselesaikan sebelum 30 Mei ini. Sama-sama lah kita doakan agar sahabat-sahabat yang sedang mengikuti praktikal berjaya menempuhnya dengan lancar. pada hari Rabu ini dijangkakan ujian bertulis akan diadakan setelah menyediakan laporan praktikal sebelumnya.

Tiada ulasan: