Ahad, 25 Mei 2008

Alhamdulillah..., walaupun tidak mendapat tempat pertama, no 3 sudah cukup untuk menghibur hati anak-anak KUDQI yang ada kat Indonesia. Setelah penat lelah berjuang, akhirnya pihak lawan terpaksa akur dengan anak UIN. walau tidak mempunyai masa untuk berlatih, tapi semangat kerjasama hasil tarbiyyah di KUDQI masih mampu dipraktekkan.
Perlawanan Futsal terbuka yang melibatkan mahasiswa beberapa Universiti dan bisnesman di Indonesia ini melibatkan 17 pasukan yang dimenangi tempat pertama oleh pasukan dari Kedutaan Besar Malaysia Jakarta. Manakala tempat kedua dimenangi pasukan dari Universiti Ukrida dan ketiga oleh Pasukan UIN A.
Wira-wira Bola sepak dari lepasan KUDQI, antaranya Amer, Biki, Ustaz Hadi dan lain-lain memberi sumbangan yang besar kepada kemenangan ini walaupun Biki mendapat sedikit kecederaan. Tak kurang juga penjaga Gol utama Faizal Yunus yang banyak menyelamatkan Gol. Alhamdulillah, sedikit sebanyak dapat menghiburkan EXKUDQI di Jakarta.

Tiada ulasan: